Followers

.:: ReLakS ::.

Sunday, 18 December 2011

:: Minyak Kasturi ::

Khasiat Kasturi

Berdasarkan kajian yang dibuat oleh ilmuwan Islam terutamanya Imam Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah R.A. dan ahli-ahli perubatan Islam, maka kasturi didapati mempunyai banyak khasiat, antaranya:-

1) Memberi kekuatan pada roh.

Haruman adalah santapan roh, manakala kasturi adalah merupakan sewangi-wangi dan sebaik-baik haruman
Sebagaimana sabda Nabi SAW:  “Sebaik-baik wangian adalah minyak kasturi” (Hadis Riwayat Muslim)

2) Menenangkan Jiwa

3) Mencerdaskan akal dan menyihatkan otak

4) Menghilangkan ketakutan dan kebimbangan

5) Menghilangkan debaran jantung

6) Menghilangkan Sesak Nafas

7) Melegakan Lelah (Asma)

8) Menyedarkan orang yang pengsan

9) Memperkuatkan organ luaran tubuh

10) Memperkuatkan organ dalaman tubuh

11) Menghilangkan rasa gementar

12) Menghilangkan sejuk tubuh

13) Membuang angin yang berlebihan dalam tubuh

14) Menawarkan racun atau bisa-bisa binatang

15) Menghilangkan kesakitan sewaktu kencing

16) menjernihkan mata putih pada mata

17) Berfungsi memelihara kesihatan secara keseluruhan

18] Mencegah wabak penyakit.

Harga : RM 15

SMS : 0173642997


Thursday, 15 December 2011

Kelebihan Minyak Zaitun yang Perlu Diteroka

Mari kita baca kisah ini... !! Menarik sungguh !!... :)
Aku berada di bilik pemeriksaan ibu mengandung. Sambil melihat Dr. Ush menulis, aku pun buka mulut. `Dr, semua ibu mengandung akan ada kesan kulit tertarik (stretch mark) ke?

Doktor menjawab  ” Tak. Bukan semua ibu mengandung mesti ada parut macam tu. Ada yang tak ada. Awak tak tahu ke yang kita boleh elak stretch mark dengan olive oil? Kalau pun awak tak mengandung, pada mana-mana tempat di kulit yang ada kesan stretch mark, awak boleh sapu olive oil.  You know,kalau awak makan 1 sudu kecil olive oil setiap hari, awak boleh elak kanser dan macam-macam penyakit. Saya sendiri dah guna minyak tu untuk hilangkan parut bakar (burn) saya”.

Wah. Aku semacam dalam kekaguman. Ada benda semulajadi yang boleh buat keajaiban sehebat itu. Dengan itu, pencarianku bermula, dengan satu persoalan dalam fikiran. Apakah rahsia minyak zaitun ni? Tambahan lagi, dalam buku-buku pun ada sebut pasal buah zaitun.
Sejarah mencatatkan, Muhammad (prophet p.b.u.h) pernah berkata
`Makanlah minyak zaiton dan urutkannya ke seluruh badan kerana ia adalah pokok yang suci’ (“Eat the olive oil and massage it over your body since it is a holy (Mubarak) tree.”) –Tirmizi, Ibn Maja
Setelah dikaji, memanglah olive oil ini satu benda yang menakjubkan!
Sedikit sejarah, sejak zaman Adam dan Hawa, zaiton ini telah dilambangkan sebagai  satu cara mencari Tuhan melalui perubatan herba secara getaran (vibrational herbal medicine). Sememangnya berdasarkan kajian, tenaga yang ada dalam minyak ini, akan bertambah jika kita menggunakannya dengan cara mengurut betul- betul seperti yang dikatakan Muhammad (s.a.w) :

Antara banyak-banyak makanan yang ada di muka bumi ini, makanan utama yang hanya mengandungi lemak tak tepu (MUFA:monounsaturated fat) ialah minyak zaiton dan minyak ini adalah makanan utama orang-orang Mediterranean. Melalui kajian, mereka mempunyai risiko yang lebih rendah untuk menghadapi masalah kesihatan contohnya masalah jantung berbanding orang lain. Satu lagi kajian mencatatkan, jika kita HANYA bergantung pada minyak zaitun ini sahaja, sudah cukup untuk mengurangkan risiko kita sebanyak 50% berbanding orang lain untuk mendapat masalah saluran darah di jantung (coronary artery disease) .

Apa sebenarnya yang terkandung dalam minyak ini?

Minyak zaitun mempunyai kandungan asid lemak yang tinggi, omega-3, omega-6 dan pelbagai lagi. Semua asid lemak ini penting untuk peredaran impuls dalam otak, merendahkan paras kolesterol dalam badan dengan mengurangkan pengoksidaan lemak sekaligus mencegah masalah jantung.

Minyak ini juga adalah pengawet semulajadi,boleh memanjangkan jangka hayat makanan. Contoh terdekat ialah tin-tin sardin yang dilihat di pasaraya. Semuanya direndam dalam minyak zaitun, betul atau tidak?
Jadi, bagaimana kita mahu menggunakan minyak zaitun`ajaib’ ini semaksimanya?
  • Sebagai minyak utama bila memasak semua makanan kita
  • Kuatkan rambut rapuh
(cara : rendam rambut dalam minyak ini, kemudian balut rambut dengan tuala selama 30 minit, kemudian basuh rambut)
  • Sebagai bahan utama kecantikan kulit
(cara : URUT pada tempat-tempat yang disukai [jangan sapu])
-          dapat mengelak kerutan dan memperbaiki tona muka (wrinkles and face tone)
-          kulit cantik dan halus
  • Pelembap dan penyegar muka
(cara: ½ cawan minyak zaitun+ ¼ cawan cuka+ ¼ cawan air; guna sebagai krim muka malam)
  • Kuatkan kuku (cara: rendam kuku jari dalam minyak zaitun)
  • Mengelap keluar make-up (sesuai untuk semua jenis make-up)
Dan banyak lagi.
Di pasaraya akan ada pelbagai jenis minyak ini. Yang mana perlu dipilih? Dalam mana-mana jenama pun, ada 4 kategori minyak zaiton.

Extra virgin olive oil – kategori terbaik, paling kurang diproses, minyaknya adalah hasil perahan pertama (tanpa haba) buah zaitun itu.

Virgin olive oil – minyak adalah dari perahan kedua buah zaitun dan dicampur sedikit minyak dari perahan pertama.

Pure olive oil / Olive oil – minyaknya telah melalui beberapa pemprosesan seperti menapis dan memperelokkannya.

Extra Light olive oil – minyaknya adalah hasil banyak pemprosesan dan mengandungi hanya sedikit sahaja kuantiti minyak zaitun di dalamnya kerana dicampur dengan pelbagai minyak lain.

Anda perlu memilih yang dilabel Extra Virgin kerana itulah kualiti terbaik jika kita ingin mendapatkan segala manfaat dari minyak ini terutama menjaga kesihatan badan. Selamat membeli!

Hasil nukilan : Yasmin Mohamed Yusof. Merupakan pelajar perubatan tahun 3 di Universiti Malaya

:: Khasiat Minyak Zaitun ::

Minyak Zaitun - Olive House -

Amalkan gaya hidup sihat. tambahkan 2 sudu makan minyak zaitun dlm masakan berminyak, bersantan, berlemak/kolesterol tinggi (kambing, lembu, kerbau, udang etc). semua lemak akan menjadi sisa tanpa diserap ke dlm badan. juga boleh menghilangkan perut buncit, lemak2, masalah berat badan...

MINYAK ZAITUN BOLEH MENCEGAH KANSER, SERANGAN JANTUNG, PERUT BUNCIT?

Sesuatu yang mengeluarkan cahaya yang terang apabila dibakar tanpa mengeluarkan asap adalah menakjubkan dan itulah hakikat kelebihan minyak zaitun.

HADITH:-

1. "MAKAN MINYAK ZAITUN DAN URUTLAH DENGANNYA KE SELURUH BADAN KERANA IA ADALAH DARI POHON YANG SUCI", diriwayatkan oleh hazrat Sayyed Al-Ansari.

2. "ADA MINYAK ZAITUN, MAKANLAH, URUT SELURUH BADAN KERANA IA BERKESAN UNTUK BUASIR", diriwayatkan oleh hazrat Al-Qama bin Amir.

Tumbuhan zaitun mempunyai ketinggian 3 meter, berdaun hijau terang dan berbuah ungu gelap. 

Menurut pengamal hadith, setelah taufan nooh melanda, tumbuhan zaitun adalah yang pertama kelihatan. 
Buah zaitun kaya dengan vitamin A, B1, B2, C, D, E, K dan besi. 
Buah yang terbaik untuk dimakan adalah daripada Greece, "Kalamata olive" berwarna ungu gelap, berbentuk buah badam dan bersaiz ½" ke 1".
Ia dipek dan dipasarkan dalam minyak zaitun atau cuka. 
Buah2 untuk tujuan ini akan dipetik atau digugurkan tetapi dibiarkan matang untuk penghasilan minyak. 
Buah zaitun digred mengikut tahun ia diambil dari pokok, jenis dan saiz.

Kebanyakan minyak yang dikomersialkan diproses secara menghapus zat pemakanannya. 

Adalah penting untuk menggunakan minyak zaitun tulen daripada yang jernih di pasaran. 
Minyak zaitun yang tulen adalah ekstrak pertama buah zaitun tanpa penggunaan bahan kimia atau haba bagi mempastikan kadar asid yang rendah. 
Hanya minyak zaitun tulen mempunyai serangan terhadap penyakit. 
Ia bukan sahaja menyihatkan tetapi juga menambah perisa dalam masakan.

Minyak zaitun boleh digunakan untuk dalaman (kesihatan) juga luaran (kecantikan). 

  • Ia merupakan syarat utama untuk gaya hidup yang lebih sihat. 
  • Ia digunakan dalam pembuatan produk kecantikan kerana ciri2nya yang boleh melembutkan kulit. 
  • Ia merupakan minyak semulajadi yang terbaik dan pilihan utama untuk tumbesaran. 
  • Paras asid yang rendah memudahkan penghadaman berbanding lemak lain. 
  • Vitamin E dalam minyak zaitun merendahkan kolesterol LDL, tekanan darah dan risiko sakit jantung koronari. Vitamin K pula menghalang darah dari melekit dan membeku. 
  • Kesimpulannya, minyak zaitun tulen mengandungi perlindungan kesihatan, ia mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular, arteriosklerosis dan pelbagai masalah akibat proses penuaan.

Menurut ulamak Zahbi, minyak zaitun menguatkan rambut dan badan. 

  • Ia boleh digunakan sebagai tonik kepada masalah penuaan dan melambatkan prosesnya. 
  • Ia boleh juga digunakan untuk mengatasi masalah seksual. 
  • Minyak zaitun berkesan dalam mengatasi kes kebakaran dengan mencampurkannya dengan sedikit garam. Jeruk buah zaitun boleh mengatas masalah sembelit.

Pengambilan lemak yang tinggi berserta minyak zaitun dapat mengurangkan risiko sakit jantung. 

  • Menurut Ibnu Al-Qayyim, minyak zaitun adalah peseri wajah. 
  • Ia menghalang berlakunya keracunan, mengawal proses penghadaman, mengilatkan rambut dan berkesan untuk bisul, ruam lampin, gatal2 dan ulser yang kronik. 
  • Menyapu minyak zaitun dengan sedikit garam pada gusi boleh melegakan penyakit gusi dan gigi.

Menurut statistik, minyak zaitun merupakan ramuan utama makanan penduduk Mediterranean. 

Sakit jantung adalah akibat kematian yang tinggi di Amerika Syarikat. 
Kajian terkini ke atas minyak zaitun mendapati ia boleh mengurangkan risiko sakit jantung koronari dengan merendahkan kadar kolesterol dalam darah. 

  • Menurut kajian, risiko serangan jantung boleh dikurangkan dengan pengambilan minyak zaitun, penambahan sayuran dan pengurangan makanan tenusu. 
  • Kajian lain mendapati minyak zaitun mengurangkan lemak badan di bahagian perut. 
  • Risiko menghidapi sakit jantung berlaku lebih pada mereka yang mempunyai badan dan perut berbentuk epal. Kajian terhadap kolesterol LDL menunjukkan ia menjadi punca utama
    pembentukan arteriosklerosis. 
  • Ini akan menambahkan risiko sakit jantung koronari dan serangan jantung.

Kajian yang dijalankan ke atas wanita oleh "Harvard School of Public Health" dan "Athens School of Public Health" mendapati amalan mengambil minyak zaitun lebih dari sekali sehari boleh mengurangkan 25% risiko menghidapi kanser payu dara. 

Kandungan Vitamin E yang tinggi dalam minyak zaitun telah menghalang kemusnahan sel yang menjadi punca kanser. 
Kajian yang diketuai oleh professor Miguel Gassull di Hospital Universiti "Germans Trias Pujol" di Barcelona, Sepanyol ternyata membuktikan minyak zaitun menghalang pembentukan kanser kolon. 

Kajian lain yang dijalankan di Universiti Oxford menambah bukti yang menunjukkan minyak zaitun berkesan dalam membantutkan kanser kolon. 
Dr Michael Goldacre dan sekumpulan pengkaji dari "Institute of Health Science" membandingkan kanser, makanan dan pengambilan minyak zaitun di 28 negara termasuk Eropah, Amerika Syarikat, Brazil, Colombia, Kanada dan China. 
Hasil kajian menunjukkan negara yang mempunyai pengambilan daging yang lebih dan sayur yang kurang mempunyai risiko menghidapi kanser yang tinggi. 
Minyak zaitun dikaitkan sebagai punca kurang risiko. 
Saintis Jepun mendakwa minyak zaitun tulen yang disapu pada badan selepas berjemur boleh memeliharanya daripada kanser kulit.

CARA PENGAMBILAN:

1. Campurkan 2 sudu makan minyak zaitun ke dalam setiap masakan.

2. Menghilangkan parut bekas jerawat di muka (ratakan campuran 3 sudu teh minyak zaitun dengan 1 sudu teh minyak habbatus sauda pada muka, biarkan selama 3 jam, cuci).

3. Menghilangkan parut pada anggota lain di badan (ratakan campuran 6 sudu teh minyak zaitun dengan 2 sudu teh minyak habbatus sauda pada anggota terlibat, biarkan selama 2 jam, cuci).

PERINGATAN:-

Amalkan menyimpan minyak zaitun yang telah dibuka ke dalam peti sejuk untuk tahan lebih lama. Elakkan botol minyak dari terkena bahang api ketika memasak.


Harga : RM 50.00 

Wednesday, 14 December 2011

Khasiat Habbatussauda'




Habbatus Sauda adalah sejenis tumbuhan dalam bentuk rumput kecil, mempunyai batang yang tingginya lebih kurang setengah hasta, mengeluarkan bunga yang berwarna biru yang terdapat di dalamnya biji Habbatussauda. Tumbuhan ini terdapat di negara Arab dan dikenali dengan pelbagai nama seperti Habbatussauda(Mesir , Syam), dalam Bahasa Inggeris dipanggil Nigella Sativa atau Black Cumin. Produk mempunyai khasiat yang amat tinggi.

Mengandungi lebih drp 67 kandungan bahan aktif di dalamnya. Bahan-bahan ini dapat membantu menyembuhkan beberapa penyakit yang sering dihadapi oleh manusia. Hsauda ini ialah satu supplement/ubat yg membetulkan perjalanan sistem tubuh seseorang individu itu. Ianya akan membersihkan darah dan menjadikan individu itu lebih bertenaga dan sihat .

Tujuh ciri-ciri nilai pemakanan utama habbatus sauda:

1. Kaya dengan Monosaccharide Glukosa, xylosa dsb. polysaccharide fatty acid yang tidak tepu. EFA tidak boleh dihasilkan oleh badan kita, oleh itu sumber utamanya ialah dari pemakanan. Amino acid yang membentuk protein. Karotene iaitu sumber vitamin A kalsium, zat besi, dsb.
2. Sistem imunisasi- Kajian yang dilakukan di Arab Saudi mendapati, habbatus sauda berupaya meningkatkan sistem imunisasi anda (daya melawan penyakit). Oleh itu ia mungkin penting dalam pengawalan kanser, AIDS dan penyakit-penyakit berkaitan yang lain.
3. Anti-histamine- Histamine ialah bahan yang dikeluarkan oleh sel-sel mast di dalam badan yang menyebabkan kesan-kesan allergik (alahan). Habbatus sauda mengandungi bahan yang menghalang protein kinase C, sejenis bahan yang mencetus penghasilan histamine. Oleh kerana penghidap penyakit asma selalunya mengalami masalah alahan, habbatus sauda mungkin baik diambil secara berterusan oleh pesakit-pesakit ini.
4. Anti-tumor- Kajian in vitro mendapati habbatus sauda berupaya menghalang pembentukan sel-sel tumor. Oleh itu, ia baik untuk digunakan untuk membantu menghalang penyakit kanser.
5. Anti-bakteria- Penyelidikan ke atas bahan ini mendapati ia mempunyai aktiviti anti-bakteria . Habbatus sauda didapati berupaya mengawal bakteria seperti E.coli, V.cholera dan spesies Shigella. Ini bermakna habbatus sauda baik untuk mereka yang menghidapi beberapa jenis penyakit seperti cirit-birit dan masalah-masalah perut yang lain.
6. Anti-radang (anti-inflammation)- Habbatus sauda didapati boleh mengurangkan radang (bengkak). Oleh itu ia baik untuk pesakit asma (mengurangkan radang dalam paru-paru), eczema (alahan yang menyebabkan gatal, kulit merah dsb.) dan arthritis (bengkak sendi).
7. Menggalakkan pengeluaran susu- Kombinasi lemak dan hormon yang didapati di dalam habbatus sauda menyebabkan pengeluaran susu ibu yang menyusukan bayi bertambah.

KAJIAN PERUBATAN

Sejak tahun 1959, lebih dari 200 kajian dihasilkan oleh universiti di peringkat antarabangsa dan artikel yang dikeluarkan oleh berbagai journal perubatan telah menunjukkan penemuan yang baik bagi menyokong khasiat tradisional Habbatus Sauda yang telah direkodkan semenjak 2tahun lalu. Berikut ialah sebahagian dari kajian dan artikel perubatan tentang Habbatus Sauda:-

Ibnu Sina- Habbatus Sauda merangsang tenaga dan membantu memulihkan kepenatan dan semangat. (Buku Ibnu Sina "Canon of Medicines")

Ibnu Qayyim- Habbtus Sauda berupaya memulihkan penyakit seperti batuk, "bronchitis", masalah perut, kecacingan, masalah kulit seperti jerawat, sakit senggugut dan haid, menambah susu badan wanita, menambah pengaliran air liur dan sebagainya. (Buku Ibnu Qayyim "Medicine of the Prophet")

Dr Ahmad Elkadi pula membuat kajian dan mendapati Habbatus sauda mempertingkatkan daya tahan sakit (immune system). Antara bahan-bahan kandungan Habbatus sauda ialah Fixed Oil (saturated dan unsaturated), Minyak-minyak Asas (sterol, thymohydroquinone, carvone, limonine, cymene), Alkaloids, Saponin dan Asid Amino.

Professor G. Rietmuller- Bahan ekstrak Habbatus Sauda menunjukkan kesan amat positif terhadap sistem immunisasi badan dan boleh digunakan sebagai "bio-regulator'. (Professor G. Rietmuller, Director of Institute of Immunology, University of Munich, Germany)

Dr. Ahmad El-Qadi (Islamabad, Pakistan) dan Dr. Usama Qandil (Florida, USA) mendapati pengambilan 1 gram Habbatus Sauda sebanyak dua kali sehari mempunyai kesan peningkatan yang mengagumkan terhadap fungsi immuniti badan. Penemuan ini dianggap penting untuk memungkinkan penggunaan Habbatus Sauda sebagai bahan peningkatan immuniti semula jadi badan untuk rawatan kanser, AIDS dan penyakit-penyakit yang lain berkaitan kekurangan immuniti badan.

Kajian oleh Dr. Haq terhadap sukarelawan pesakit AIDS di Department of Biological and Medical Research Centre, Rilyadh menunjukkan bahawa Habbatus Sauda berupaya meningkatkan kadar diantara 'helper T-cells' dan 'suppresser T-cells' sebanyak 55%. Aktiviti 'natural killer cells' juga menunjukkan peningkatan purata sebanyak 30%.

Dr. Peter Schleicher, seorang pakar immunisasi (immunologist) di Munich mendapati Habbatus Sauda berjaya menyembuhkan seramai 420 daripada 600 orang sukarelawan pesakit allergik. Kebanyakan pesakit-pesakit ini mengidap allergik terhadap 'pollen' dan habuk, jerawat dan saraf kulit, pesakit lelah dan pesakit-pesakit yang pada amnya mempunyai daya tahan yang lemah terhadap jangkitan. (Nota: Dr. Peter Schleicher telah dipilih sebagai ahli paling muda di World Academy of Scientist)

Penyelidik Amerika menulis laporan pertama di dunia mengenai kesan 'anti-tumor' yang ditunjukkan oleh Habbatus Sauda. ("Study of the Effects of Nigella Sativa on Humans")

Professor Michael Meurer- Habbatus Sauda berupaya menghentikan 'inflammations' dan masalah saraf kulit (neurodermitis) (Professor Michael Meurer, Dermatology Clinic of Munich, Germany)

Saintis-saintis di Cancer and Immuno-Biological Laboratory of Germany mengesahkan Habbatus Sauda berupaya meransang 'bone marrow' dan sel-sel immuniti, meningkatkan penghasilan 'interferon' dan mempertahankan sel-sel biasa terhadap kesan kemusnahan sel oleh virus. Habbatus Sauda juga berupaya memusnahkan sel-sel tumor dan meningkatkan bilangan antibodi yang menghasilkan "B cells".


Nabi Muhammad S.A.W. bersabda dalam Haditsnya yang dikutip dari kitab Ash Shahihain ”Gunakanlah Habbatus Sauda’ kerana di dalamnya terdapat sejenis ubat dari segala jenis macam penyakit kecuali As Sam (maut)” (HR.Bukhari, Muslim)



Antara bahan-bahan kandungan Habbatus Sauda ialah Fixed Oil (saturated dan unsaturated), Minyak-minyak Asas (sterol, thymohydroquinone, carvone, limonine, cymene), Alkaloids, Saponin dan Asid Amino.

Dalam kitab Al Tibb An-Nabawi (Pengobatan Cara Nabi) yang ditulis Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah, Habbatus Sauda’ dikenal juga sebagai Al Habbah Al Barokah. Dalam kitab tersebut disebutkan bahwa Habbatus Sauda’ dapat mengubati 50 macam penyakit tanpa efek. Suatu ulasan ilmu kedoktoran menampilkan bahawa kandungan Habbatus Sauda’ antara lain:

* Antiinflamasi, mengubati perih/radang tenggorokan.
* Antiarthritis, mengubati reumatik.
* Analgesik, mengubati sakit gigi dan sakit kepala (migrain).
* Aktivitas hormon, mengatur haid dan meningkatkan aliran susu.
* Antiseptik, mengubati bau mulut.
* Antivirus, mengubati demam dan flu.
* Dermatologi, mengubati jerawat dan eksim.
* Urinary tract, mengubati saluran kemih dan batu ginjal.
* Sistem kekebalan, meningkatkan daya tahan tubuh untuk menangkal penyakit.
* Gastrointestinal tract, mengubati mabuk, diare, kejang konstipasi, dan empedu.
* Sistem sirkulasi, meningkatkan kinerja jantung.
* Nematocidal, mengubati cacing pita.
* Respiratory tract, mengubati sesak nafas (asma).

Di bawah ini kami sertakan 7 ciri-ciri utama habbatus Sauda:

1. Nilai pemakanan

Habbatus Sauda kaya dengan:

~ monosaccharide glukosa, xylosa dsb.

~ polysaccharide

~ fatty acid yang tidak tepu (unsaturated essential fatty acids, EFA). EFA tidak boleh dihasilkan oleh badan kita, oleh itu sumber utamanya ialah dari pemakanan

~ amino acid yang membentuk protein

~ karotene iaitu sumber vitamin A

~ kalsium, zat besi, dsb.

2. Sistem imunisasi

Kajian yang dilakukan di Arab Saudi mendapati, habbatus Sauda berupaya meningkatkan sistem imunisasi anda (daya melawan penyakit). Oleh itu ia mungkin penting dalam pengawalan kanser, AIDS dan penyakit-penyakit berkaitan yang lain.

3. Anti-histamine

Histamine ialah bahan yang dikeluarkan oleh sel-sel mast di dalam badan yang menyebabkan kesan-kesan allergik (alahan). Habbatus Sauda mengandungi bahan yang menghalang protein kinase C, sejenis bahan yang mencetus penghasilan histamine. Oleh kerana penghidap penyakit asma selalunya mengalami masalah alahan, habbatus Sauda mungkin baik diambil secara berterusan oleh pesakit-pesakit ini.

4. Anti-tumor

Kajian in vitro mendapati habbatus Sauda berupaya menghalang pembentukan sel-sel tumor. Oleh itu, ia baik untuk digunakan untuk membantu menghalang penyakit kanser.

5. Anti-bakteria

Penyelidikan ke atas bahan ini mendapati ia mempunyai aktiviti anti-bakteria . Habbatus Sauda didapati berupaya mengawal bakteria seperti E.coli, V.cholera dan spesies Shigella. Ini bermakna habbatus Sauda baik untuk mereka yang menghidapi beberapa jenis penyakit seperti cirit-birit dan masalah-masalah perut yang lain.

6. Anti-radang (anti-inflammation)

Habbatus Sauda didapati boleh mengurangkan radang (bengkak). Oleh itu ia baik untuk pesakit asma (mengurangkan radang dalam paru-paru), eczema (alahan yang menyebabkan gatal, kulit merah dsb.) dan arthritis (bengkak sendi).

7. Menggalakkan pengeluaran susu

Kombinasi lemak dan hormon yang didapati di dalam habbatus Sauda menyebabkan pengeluaran susu ibu yang menyusukan bayi bertambah.


Di Timur Tengah, minyak ini telah digunakan selama ribuan tahun sebagai ubat untuk segala macam penyakit alergi, radang, gangguan menstruasi, tekanan moral, dan depresi, tetapi terutama terhadap bronkhitis, asma, dan neurodermatitis serta pencernaan yang buruk, bahkan impotensi.

:: Rahsia Cuka Kurma ::




KEPERLUAN CUKA KURMA OLEH TUBUH BADAN
Cuka kurma mengandungi pelbagai vitamin seperti 
vitamin C, 
vitamin E, 
vitamin B1, 
vitamin B6, 
beta-karotena,  
vitamin P (bioflavonoid) dan kaya dengan kandungan potassium (keremajaan kulit).

Cuka kurma juga dapat membuang lemak, kolestrol, asid-asid dan garam berlebihan dalam badan yang membawa pelbagai penyakit berbahaya.

KHASIAT CUKA KURMA MENURUT PERUBATAN ISLAM
Ibnu Sina dalam kitab beliau Al-Qanun Fi Al-Tib menyatakan bahawa 
“Cuka kurma dapat mencegah sebarang pembengkakan di badan (bisul, kanser), 
  • menyucikan darah, 
  • membaiki masalah pencernaan di perut, 
  • masalah usus, 
  • kerongkong,
  • kahak, 
  • batuk yang berpanjangan, 
  • menjaga kulit dari kepanasan matahari, 
  • mengatasi masalah lemak-lemak di badan (kolesterol), 
  • menstabilkan asid dan garam di badan, 
  • membuang keracunan badan (toksik), 
  • masalah rahim, 
  • menguatkan gigi, mata, telinga serta 
  • mengembalikan tenaga lelaki dan perempuan”. 
Sumber : Darul Fikri, Bairut Tahun 1414H, m.s 908 - 909.
Ibnu Qaiyyim dalam kitab beliau Al-Tib Al-Nabawi menyatakan cuka kurma bermanfaat untuk mengatasi masalah gastrik di perut, masalah hempedu (membersih hempedu dari lemak yang membentuk batu), mencegah terhadap bahayanya ubat-ubatan (kesan sampingan dari ubat yang pelbagai) yang boleh membawa kepada kematian.

Cuka kurma dapat :
Melancarkan susu ibu dan 
Melancarkan perjalanan darah yang berketul dalam perut (masalah gangguan haid).

Cuka kurma bermanfaat mengatasi masalah limpa, membersihkan usus (membuang toksik di perut), menguatkan sistem perut (masalah buasir), menghilangkan masalah dahaga (panas badan), mencegah sebarang pembengkakan yang akan terjadi di tubuh manusia (seperti kanser, bisul dan sebagainya), membantu sistem penghadaman makanan yang kasar dan membersihkan darah manusia (darah yang beracun). Sumber: Darul Kitab Al-Arabi, Bairut 1410 H, m.s 233.

Harga : RM40.00

Tuesday, 13 December 2011

Khasiat Cuka Delima



Khasiat Cuka Delima

  • Cuka delima membantu meningkatkan tahap kolestrol yang baik disamping menurunkan kolestrol yang buruk.
  • Membantu melancarkan peredaran darah dalam badan.
  • Ini adalah kaedah terbaik melindungi diri daripada penyakit jantung atau serangan jantung.
  • Ini kerana delima mengandungi ‘flavonoids’ dan ‘polyphenols’ yang tinggi, antioksidan yang mampu melawan penyakit jantung dan kanser.
  • Unsur flavonoids melindungi otak dan menguatkan memori.

Cuka delima merupakan pendekatan yang baik bagi melawan penyakit.
  • Ianya dapat memperbaiki kitaran darah pengguna.
  • Tahap antioksidan yang tinggi dalam delima akan membantu menguatkan sistem dalam badan dan melawan apa jua penyakit.
  • Ini adalah langkah awal untuk pengguna dari menjadi mangsa serangan jantung atau penyakit hati.
  • Mengurangkan risiko penyakit kencing manis
  • Mengurangkan perkembangan kanser kelenjar prostat dan mencegah kanser payudara.
  • Membantu merendahkan tekanan darah tinggi.
  • Kandungan antioksidan pada delima juga mampu untuk mengurangkan pengumpulan sel darah kotor dan secara semulajadinya mengurangkan tekanan darah, faktor kepada pencegahan serangan jantung dan strok.
  • Dapat mengurangkan pembentukan plak pada gigi.
  • Meningkatkan pengaliran darah pada genitals (alat kelamin).
  • Mengatasi masalah kekeringan pada vagina wanita. Menjadikan vagina lebih subur dan lembap.

Harga sebotol (500ml) - RM 35.00